Masih ada yang sayang pada mu

Saturday, October 29, 2011

Pengajaran Mikro Bahasa Melayu Murid Disleksia



Bahasa Melayu
Tajuk: Kemalangan jalan raya

Assalamualaikum..agak lama jugak saya tak update blog.Kebelakangan ni sibuk sedikit menyiapkan tugasan ditambah lagi kerja dan aktiviti di sekolah.Video ini merupakan salah satu tugasan yang perlu saya siapkan untuk subjek KPD3026 - Pengajaran Teknologi Dan Penaksiran .Saya telah memilih 8 orang murid disleksia dalam tugasan mikroteaching ini.Murid Murid disleksia ini berada di tahun 5.Pembelajaran murid disleksia ini mengikuti sepenuhnya sukatan pembelajaran murid arus perdana.Tetapi kaedah dan cara pembelajaran murid disleksia ini sedikit berbeza.Proses pengajaran dan pembelajaran murid ini perlu disesuaikan dengan tahap dan kemampuan mereka.Aras direndahkan serta diperincikan sedikit supaya murid murid ini lebih faham dan jelas terhadap sesuatu topik yang dipelajari.Murid murid disleksia ini akan lebih faham dan dapat mengikuti pembelajaran dengan baik sekiranya mereka mendapat input dari pengalaman dan apa yang mereka nampak dari kaca mata mereka sendiri.Sebagai contohnya dalam matapelajaran bahasa melayu tajuk tentang Hari Kantin,saya telah menjalankan aktiviti simulasi. Adalah sedkit sukar bagi kebanyakan golongan disleksia ini untuk memahami sesuatu perkataan melalui pembacaan,saya meminta murid murid ini melakukan aktiviti jualan. Semasa menjalankan aktiviti jualan, saya menyelitkan terus perkataan diskaun,jualan murah,promosi,harga berpatutan dan lain lain perkataan yang biasa digunakan dalam aktiviti perniagaan.Apa yang saya dapati murid murid disleksia ini lebih cepat dan mudah memahami istilah dan penggunaan perkataan tersebut berbanding meminta mereka membaca dari buku teks.














No comments:

Post a Comment