Masih ada yang sayang pada mu

Monday, September 19, 2011

DISLEKSIA....

Apa itu disleksia?

berasal dari perkataan Yunani

dys bermakna kesukaran ataupun kesusahan

lexis bermakna bahasa atau pertuturan



Disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan   di antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf  (Mercer, 1991)

Disleksia.

Menurut buku “Apa itu Disleksia-Panduan untuk Ibubapa & Guru”, Disleksia berasal drpd gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud ‘kesukaran’ dan ‘lexis’ bermaksud bahasa dan secara literalnya, disleksia bermaksud “kesukaran berbahasa” (Ott,1997). Kanak-kanak ini bukan sahaja bermasalah dalam pembacaan, tetapi juga ejaan, penulisan dan beberapa aspek Selain itu, kanak-kanak ini juga mengalami masalah dari segi ingatan dan konsentrasi, kemahiran matematik dan pengurusan diri. Atau secara khususnya kanak-kanak disleksia biasanya mengalami masalah:-

1. Fonologi

2. Mengingat perkataan

3. Penyusunan bersiri

4. Ingatan jangka pendek

5. Kesedaran sintak.

Namun demikian kanak-kanak ini memunyai IQ seperti kanak-kanak normal dan kebanyakkan mereka mempunyai kecerdasan yang tinggi. Cuma mereka hanya bermasalah dari segu kemahiran membaca/menulis. Sehubungan dengan itu pendekatan yang khusus perlu untuk pembelajaran kanak-kanak ini seawal usia untuk menyediakan peluang dan masa depan mereka.

 


JENIS-JENIS DISLEKSIA

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;
• Disleksia visual (penglihatan)
o Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik
• Disleksia auditori (pendengaran)
o Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori
• Disleksia visual-auditori
o Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio



Disleksia dan Dispraksia adala dua perkara yang berbeza


Dispraksia.


Dispraksia berasal dari kata “Dys” yang maksudnya tidak mudah atau sukar dan “praxis” yang bermaksud bertindak, melakukan. Nama lain Dispraksia adalah Development Co-ordination Disorder (DCD), Perceptuo-Motor Dysfunction, dan Motor Learning Disability. Pada zaman dulu lebih dikenali dengan nama Clumsy Child Syndrome. Menurut penelitian, gangguan ini kadang diturunkan dalam keluarga dan gejalanya berkait rapat dengan gangguan lain yang hampir sama seperti disleksia. Dispraksia mungkin juga dianggap ADD (Attention Deficit Disorder), ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) atau Discalculia iatu : kesukaran untuk memahami konsep-konsep dalam matematik. Padahal sebenarnya, dispraksia mencakupi masalah yang lebih luas dan bervariasi.

Menurut penelitian secara perubatan, dispraksia adalah gangguan atau ketidakmatangan anak dalam mengorganisasikan gerakan. Ini berlaku kerana otak kurang berupaya memproses informasi sehingga arahan-arahan tidak secara penuh atau benar ditransmisikan. Hal ini menyebabkan timbulnya kesukaran dalam berfikir, merancang dan melakukan tugas-tugas motorik atau sensori. Dengan kata lain, dysprexia umumnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan ketidakjajaran antara arahan dari otak dan pergerakan tangan atau kaki pada masa yang sama. 

Gejala-gejala Dispraksia.

Pada anak usia 3 – 5 tahun (usia pra sekolah)

- Aktiviti motorik/fizikal yang sangat tinggi termasuk menghayun-hayunkan kaki dan menghentak-hentakan kaki ketika duduk, bertepuk tangan atau menari.
- Tangan mengembang ketika berlari.
- Kesukaran mengayuh pedal basikal beroda tiga atau mainan serupa.
- Kemahiran motor halus lemah, seperti sukar memegang pensil atau menggunakan gunting.
- Mengalami kesulitan berbahasa yang terus menerus.
- Kurang memberi respon terhadap arahan-arahan lisan.
- Lewat berguling, merangkak, berjalan.
- Sukar melangkah, memanjat, menyusun puzzle, mempelajari kemahiran baru dan lewat perkembangan bahasa.
- Sukar mengungkapkan perkataan dengan jelas dan sukar menggerakkan mata sehingga lebih suka menggerakkan kepalanya daripada menggerakkan matanya.

Pada anak yang lebih besar (usia sekolah)


- Kesukaran dalam berkata-kata mahupun mengekspresikan diri.
- Sebahagian anak dispraksia terlalu sensitif terhadap sentuhan.
- Sukar mengingat arahan dan menyalin tulisan dari papan tulis.
- Tidak dapat menangkap konsep seperti : “di bawah”, “di atas”, “di dalam” atau “di luar”.
- Mengalami kesukaran dalam memakai baju, mengikat tali kasut dan menggunakan garpu atau pisau.
- Keseimbangan badan yang lemah, sukar belajar naik basikal.
- Kemampuan membaca yang rendah dan tulisan tidak kemas.
- Sebahagian anak dispraksia mengalami articulatory dyspraxia yang menyebabkan mereka mengalami kesulitan dalam bercakap dan mengeja.

 



  • Kanak-kanak Disleksia dikategorikan sebagai kanak-kanak bermasaalah pembelajaran.
  • Murid-murid disleksia merupakan murid yang menghadapi kesukaran dan ketidakbolehan menguasai kemahiran yang spesifik walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi.
  • Mereka mengalami kesukaran dalam menulis,mengira, membaca dan memahami teks bacaan



KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MENDEFINISIKAN MURID DISLEKSIA SEBAGAI:-


`` Murid-murid yang mempunyai kecerdasan yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi kes kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca dan menulis``


PENDIDIKAN DISLEKSIA DI MALAYSIA

Menyediakan strategi khusus dalam pendidikan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia supaya mereka mengenal pasti masalah mereka dan menyesuaikan diri dengannya. Mereka menggunakan potensi yang ada untuk memperbaharui tekad serta tingkatkan harga diri dan keyakinan diri untuk berjaya.

Mengapa murid disleksia menghadapi masalah kesukaran membaca?





Penyelidikan menunjukkan bahawa disleksia disebabkan oleh perbezaan cara otak memproses maklumat berkaitan bahasa yang meliputi bunyi,simbol dan makna



FAKTOR YANG MENYEBABKAN DISLEKSIA

 

1.   “Membaca merupakan tugasan yang amat rumit dan kompleks bagi manusia, ia memerlukan kesempurnaan dari segi kefungsian otak dan sistem saraf pusat” (Lerner, 1997). 

 2.  Kanak-kanak yang mengalami disleksia mempunyai pelbagai defisit/kekurangan yang disebabkan oleh kurang fungsian (dysfunction) otak.Bukan bermakna kanak-kanak itu mengalami kecerderaan/kerosakan di bahagian otak tetapi otak kanak-kanak disleksia beroperasi berbeza daripada kanak-kanak yang bukan mengalami disleksia (Rourke, 1991)

3.Hattum (1980)mengatakan bahawa kesukaranmembaca disebabkan oleh sistemsaraf pusat yang tidak berfungsi dengan baik(dyfunction)

4.Sistem pemerosesan auditori dan visual di otak orang yang mengalami disleksia, selalunya  lebih kecil sebanyak 27 % daripada otak orang normal(Galaburda &Tallal,1991).

5.Nicolson dan Fawcett (1995) mencadangkan bahawa serebrum otak dan keanehan otak boleh memberi kesan kepada kawalan motor,perkembangan automatif dan organisasi  sesuatu kemahiran, termasuk kemahiran dalam fonologi dan bahasa.

6.Lovegrove (1991) dan Livingstone et al. (1991) dan Cornilissen etal.(1995) telah cuba mengkaji korelasi kekurangan yang didapati dalam sistem pemerosesan visual seseorang yang mengalami disleksia dengan pembelajaran membaca. Sekali perhubungan di antara keduanya dapat dibuktikan, ringkasnya sifat semula jadi perhubungan masih lagi belum jelas.

7.  Dorongan daripada saraf visual dan auditori dibawa ke kedua hemisfera otak secara serentak tetapi hemisfera otak kiri yang bertindakbalas kepada stimuli linguistik seperti perkataan, simbol dan pemikiran (Lerner, 1997).

8.  Kedua hemisfera otak tidak bekerja kesemuanya secara bebas, terdapat hubung kait di antara elemen-elemen dan kefungsian kedua hemisfera otak.  Proses pembelajaran bergantung kepada kefungsian dan hubung kait di antara kedua hemisfera otak (Cotman & Lynch, 1988; Hiscock & Kinsbourne, 1987; Gaddes, 1985)

9. Dorongan daripada saraf visual dan auditori dibawa ke kedua hemisfera otak secara serentak tetapi hemisfera otak kiri yang bertindak balas kepada stimuli linguistik seperti perkataan, simbol dan pemikiran (Lerner, 1997).

10.Kedua hemisfera otak tidak bekerja kesemuanya secara bebas, terdapat hubung kait di antara elemen-elemen dan kefungsian kedua hemisfera otak.  Proses pembelajaran bergantung kepada kefungsian dan hubung kait di antara kedua hemisfera otak (Cotman & Lynch, 1988; Hiscock & Kinsbourne, 1987; Gaddes, 1985)

11. Laporan post mortem mendedahkan bahawa individu yang mengalami disleksia mempunyai kawasan hemisfera otak kiri yang lebih kecil dan kurang sel otak di bandingkan dengan orang normal, tetapi kawasan hemisfera otak kanan adalah lebih besar dan mengandungi lebih banyak sel daripada individu normal. (Filipek, 1995; Duane, 1989; Galaburda, 1989)

12.Berasaskan kepada teori Orton, hemisfera otak kiri sepatutnya dominant dan mengawal hemisfera otak kiri, khususnya dalam aktiviti fungsi bahasa, gangguan daripada hemisfera otak kanan semasa aktiviti bahasa menyebabkan berlaku kekeliruan dalam bahasa. Sepatutnya hemisfera otak kanan mengawal fungsi aktiviti bukan verbal (Orton, 1937).

13. Satu daripada penyelidikan awal mengenai kesukaran membaca dan kemahiran bahasa mendapati bahawa dari segi teorinya, pembalikan huruf dan perkataan (yang dipanggil sebagai strephosymbolia atau pembalikan symbol) merupakan symptom kepada kegagalan dominasi serebrum otak di kawasan kemahiran bahasa di hemisfera otak kiri.  (Orton, 1937).

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment